Blog ini merupakan cetusan idea dan pendapat peribadi penulis dan pengunjung dinasihatkan memberi komen-komen berguna untuk memeriahkan lagi laman ini.
Sedang bercuti di Terengganu

Tuesday, January 26, 2010


gambar anak sulung-Muhammad Niyaz Irfan

Keriangan sebegini sudah menjadi kenangan bagi kita yg sudah dewasa. Keriangan kanak-kanak adalah 100% dating nalurinya yg gembira pada waktu itu. Berbeza dgn kita, muka senyum tetapi terbelik dgn hutang kereta,rumah,insuran dan sebagainya..

Tuesday, January 19, 2010


Salam..sedikit perkongsian penulis dgn pembaca berkenaan rumah baru terletak di Perlis. Dengan kehidupan baru ini, penulis berharap dpt menyesuaikan diri dgn iklim negeri Perlis ni..
sekian..

Monday, January 18, 2010

Rancang sebelum mula..


Bagi guru baru,penyediaan buku rekod rancangan mengajar menjadi suatu rutin harian guru tersebut utk disiapkan dan dikemaskini setiap masa.Berlainan pula dgn guru yg mengajar berpuluh-puluh tahun,mungkin melihatkan buku rekod tersebut sudah boleh membuatkan guru-guru ini hampir termuntah agaknya.Biasanya guru-guru lama ni akn buat pada hari terakhir persekolahan (bukan semua guru)buku rekod mengajarnya..

Bagi guru yg tidak membuat rancangan pengajarannya, kemungkinan guru trsbt tidak menyedari tanggungjawabnya utk menyediakan dokumen tersebut sblm mengajar. Sebagai ingatan, penyediaan rancangan mengajar merupakan tugas hakiki guru dan kita jgnlah culas utk menulisnya.

Biasa guru berkata "ala biasa la,buat apa buat kalut2 buku rancangan ni, bkn ada apapun"..Itula biasa ungkapan guru-guru kita.Tapi cikgu,ingatlah..selagi tak kena,tak apa.Kalau kena dan diambil tindakan habisla kita. Melanggar lampu merah kalau tidak accident tak apa,,kalu nak GEROH accident,sesal tiada guna.

Moral: buatlah rancangan mengajar,bukan sejarah mengajar.

Saturday, January 16, 2010

Kamu Agama Kamu..


Salam 2 all.
Sedikit komentar penulis ttg isu mutakhir ini berkenaan penggunaan nama Allah. Penulis berpendapat isu ini perlu disegerakan demi kesucian agama islam.Sesungguhnya nama Allah merupakan kalimah suci yg tak pelu dipermainkan malahan dipolitikkan. Sultan sbg penaung agama perlu cpt bertindak membuat kenyataan agar isu ini diselesaikan secepat mungkin.
Walaupun terdapat pendapt menyatakan penggunaan nama Allah dibolehkan dan disokong lebih kuat oleh nas-nas, namun pandangan siyasah juga perlu di ambil kita dlm konteks negara kita.
Jika isu ini tidak selesai,,jgn terkejut nnt nama Allah akan diletak di sebelah salib nnt di semua gereja..

note: sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak akn redho ats kamu sehingga kamu mengikut jejak langkahnya..

Monday, January 11, 2010

Terengganu Masih Unggul Juara

Salam semua..
Kekadang mendengar berita terkini mengenai perkhabaran dari Terengganu menyebabkan penulis merasa malu..Apa tidaknya berita terkini sebentar melaporkan bahawa KPDN telah membuat serbuan ke ats premis makanan di Terengganu yg menaikkan harga minumannya..
Isu makanan mahal sudah tidak asing lg di bumi Trg ni, tidak lupa dulu Nasi Dagang beharga RM 60 beserta kepala Ikan Aya, isu terkini peniaga menaikkan sesuka hati harga minuman sebanyak 10sen setiap gelas..Ini lah yg dikatakan mengambil kesempatan ke ats sesuatu perkara.
Cuba kita fikirkan, harga gula setiap kilogram hanya naik 20sen, logikkah peniaga naikkan harga air setiap gelas 10 sen? Mungkin kita perlu menyuruh tuan kedai letak setengah kilo gula dlm air kita untuk menyamai kenaikan 10sennya itu.Kalu mereka naikan 20 sen kita pelu suruh dia letak gula 1 kg dlm air kita.ada setuju?
Sebenarnya peniaga perlulah ada sedikit sifat belas kasihan, perlu lah fikir ttg keberkatan jgnlah terlalu fobia dgn kenaikan harga gula yg tak seberapa tu, dan kepada KPDN tingkatkan pemantauan agar peniaga-peniga tak bertanggungjawab ini di beri pengajaran agar tidak mengulanginya lagi. Kpd KPDN jgn hanya buat kerja hangat-hangat tahi ayam shj, pantau lah secara berterusan.

Saturday, January 9, 2010

Rewind



Salam..

Mungkin penulis perlu turunkan di sini gambar kenangan bersama kawan-kawan lama dulu untuk dikongsi bersama..ini merupakan sesi perbincangan dgn bekas Manager di syarikat dulu.Skrg ni kemungkinan manager ni telah berjaya dlm bidangnya di samping perniagaan Bio Oil & memolub..

wassalam..

Thursday, January 7, 2010

Tahniah Pelajar Ganu!


Salam 2 all..

Semalam penulis merasa sedikit terharu dan bangga apabila membaca laporan akhbar dlm sisipan khas Berita Harian ttg pencapaian keputusan peperiksaan PMR di negeri Terengganu.Terangganu bejaya mengekalkan rekod pencapaian terbaik 2 tahun berturut-turut diperingkat nasional.

Apa yg mahu diutarakan di sini adalah apakah resepi kejayaan Trg ni..Mcm2 yg boleh kita ikuti dan ambil teladan antaranya:
  1. Kerjasama antara semua pihak kerajaan negeri, JPN, guru-guru yg berdedikasi, ibu bapa dan murid sendiri.
  2. Guru-guru pakar dan guru panel penggubal soalan peperiksaan ditugaskan membuat modul2 peperiksaan untuk pelajar-pelajar di sekolah Terengganu.
  3. Wujud pusat tuisyen terutama tiusyen Cikgu Razak di Kg Durian Burung turut serta melahirkan pelajar-pelajar cemerlang. Diketahui pusat tuisyen ini membariskan guru2 berpengalaman antaranya guru2 panel,guru pakar dan berpengalaman. Pusat tuisyen ini antara pusat tuisyen telah beroperasi hampir 20 tahun ! dan melahirkan ramai pelajar2 cemerlang. Malah ketua sektor En Zuber Embong pun pernah menjadi guru di pusat tuisyen tersebut.
  4. Akhirnya peranan ibu bapa dalam menerapkan tradisi kecemerlangan dalam keluarga masing-masing turut menyumbang kejayaan pelajar.
Kesimpulannya, sehebat mana pencapaian kita dalam akademik, jgn lupa tanggungjawab kita terhadap anak2 ttg didikan agama. Jgn mahu dikejar 9A sedangkan anak tidak tahu mengaji, Fardu-ain dan amalan2 agama yg lain kerana kelak kita sebagai ibu bapa akn ditanya tanggungjawab kita terhadp anak dan isteri kita..