Blog ini merupakan cetusan idea dan pendapat peribadi penulis dan pengunjung dinasihatkan memberi komen-komen berguna untuk memeriahkan lagi laman ini.
Sedang bercuti di Terengganu

Saturday, October 1, 2011

Roti Lilit


Bahan untuk 100 orang murid
  • Tepung gandum 4 kilo
  • Planta 1 tin besar
  • susu pekat 1 tin
  • gula 1 kilo
  • garam halus 1 bungkus kecil
  • Air secukupnya
  • batang buluh 100 btg
  • arang 4 bungkus
  • kertas bungkus nasi 1 pek
  • bekas utk uli gandum 8

  • Cara Membuat - Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan dengan cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati sehingga menjadi doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum dililit dengan kemas pada sebatang belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di atas doh tadi. Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya semua bahagian doh masak dengan sempurna. Apabila telah masak, bolehlah dihidang di atas daun pisang

    Langkah keselamatan dan kebersihan
    1. Pastikan semua peralatan dibasuh
    2. tangan mestilah dibasuh
    3. Bagi perhatian semasa menghidupkan api,jgn buat api di kawasan berisiko berlaku kebakaran serius
    4. Bakarlah roti lilit pada api atau bara, jgn pada asap krn mungkin akn berlaku pencemaran dan roti lilit akn berbau asap
    5. Makan roti lilit yg betul2 masak shj, Jgn makan roti lilit yg belum masak dikhuatiri menyebabkan kembung dan sakit perut.
    6. Resepi Keli Warisan Ayahanda

      Keli merupakan ikan air tawar yang mendapat permintaan hebat mutakhir ini. Biasanya orang memasak keli mengikut citarasa masing-masing spt gulai, masak lemak, goreng merah dan sebagainya.

      Di sini penulis ingin berkongsi resepi gulai keli untuk anda semua,pastinya kesedapannya tak dapat banding la.. Resepi ini telah mendapat pengiktirafan oleh penduduk kampung berdekatan krn kesedapan campuran rempah-rempahnya..

      Bahan-bahan (resepi utk 1 kg ikan keli)
      1. 5 ulasbawang merah
      2. 4 ulas bawang putih
      3. halia sepanjang 3 cm
      4. lengkuas sepanjang 3 cm
      5. kunyit hidup 2 cm ( sedikit shj)
      6. cili boh 4 sudu besar
      7. asam keping - 3
      8. cili padi - 10
      9. belacan sebesar kelingking
      10. kerisik - 1 sudu besar
      11. santan - 1/2 kelapa
      12. nisan - 1/2 drpd saiz kecil
      13. gula - 1 sudu besar
      14. garam kasar secukup rasa
      15. ajinomoto penambah rasa
      16. daun kesom (diletak apabila hampir masak)
      Bahan rempah
      1. Buah pala
      2. buah pelaga
      3. bunga pekkap
      4. kulit kayu manis
      5. lada hitam
      6. cengkih
      7. bunga lawang
      8. jintan manis
      9. ketumbor
      Sukatannya adalah..















      Cara memasaknya..

      1. Basuh ikan bersih dan rendamkan dgn air asam jawa.
      2. ikan keli diletak bersama rempah-rempah td dan diletak air sedikit dlm 3 suku penuh ikn dlm periuk
      3. Panaskan , bila btul2 dah sebati rempah dgn ikan,tambahkan air serta santan..