Blog ini merupakan cetusan idea dan pendapat peribadi penulis dan pengunjung dinasihatkan memberi komen-komen berguna untuk memeriahkan lagi laman ini.
Sedang bercuti di Terengganu

Friday, November 26, 2010

Banjir, anak & sumbangan

Salam 2 all,

Alhamdulillah setelah melalui musim bah 2 minggu lalu, sekarang bandar Kangar sudah kembali pulih. Semua kawasan telah kembali kelihatan seperti biasa. Namun rata-rata rumah masih tidak menyusun lagi perabut di rumah masing-masing krn dibimbangi dengan kedatangan gelombang kedua. Pendapat penulis, pedulikan saja gelombang kedua tu, kehidupan mesti di selaraskan seperti normal agar kehidupan kita selesa. Namun, insan paling gembira pabila pulang ke rumahnya sendiri tentylah anak lelaki kesayangan ni..



Keriangan krn rutin aktivitinya berjalan lancar iaitu pagi dan petang akan pergi "round2" motor di tepi bendang menghirup udara nyaman.

Ahli politik pula, dengan tanggungjawab telah melaksanakan tanggungjawabnya bagi membantu penduduk di taman penulis. Petang td YB Dato' Sri Dr Shahidan bin Kassim melalui yayasannya Pok Dan Kassim telah menyampaikan bantuannya kepada mangsa banjir di taman penulis. Diharapkan lebih ramai lagi ahli politik seperti ini membantu mangsa banjir. Moga segala usaha Dato Sri YB di berkati Allah s.w.t

JKK dan pemimpin setempat kusyuk mendengar amanat


Wednesday, November 17, 2010

Selamat hari raya Aidiladha

Salam to all..

Penulis baru selesai melakukan aqiqah untuk anak penulis bernama Muhammad Niyaz Irfan. Suasana di kampung Sanglang amat harmoni dengan penduduk melakukan ibadah korban ini tanpa sebarang konflik. Petugas disediakn untuk melapah, peserta korban hanya menunggu untuk mengambil daging shj. Agihan daging korban bahagian penulis siap dlm pukul 12 pagi tadi. boleh dikatakan cepat prosesnya.

Pengalaman penulis, pernah terjadi di mana accesories korban spt kepala,ekor,kaki hilang entah ke mana semasa melapah lembu. ini disebabkan pihak penganjur kurang peka dgn agihan daging kurban. Ada kes yg paling dasyat, otak lembupun hilang hanya tinggal hanyalah tengkorak lembu shj.Pengalaman ini berlaku di kampung penulis di Terengganu. Kadang msyarakat menggap perkara sebegini remeh,tetapi diharapkan dilain waktu tidak berulang lagi perkara ini.



Lembu korban untuk kumpulan penulis

Saturday, November 6, 2010

Perlis tenggelam (update)

Salam,,

Sedikit update ttg banjir di taman perumahan penulis.Nampaknya aliran keluar air dr taman penulis agak perlahan. Ptg td dh ramai pemilik rumah membersihkan rumah masing-masing. Kesan-kesan banjir mula ketara kpd perabot-perabot dlm rumah penulis

almari baju tunggu masa nk tumbang
Berselerakkan brg dapur




Friday, November 5, 2010

Ujian Allah..

Salam,,

Sesungguhnya Allah maha hebat pencaturannya..Sehebat manapun ikhtiar kita, jika ditakdirkan berlaku,maka berlakulah juga "Kun fayakun". Begitu la keadaannya keadaan rumah penulis.
Hampir seluruh bandar Kangar digenangi air bah bermula 2/11 hingga kini 6/11/2010. Kebanyakan bandar Kangar byk taman perumahan baru yg dibina,,mungkin sistem perparitan yg tidak sempurna memburukkan lagi keadaan.

Tetapi, sepanjang tempoh tersebut, hujan tidaklah terlalu kuat berbanding taburan hujan yg turun di negeri-negeri pantai timur. Mungkin juga benarnya teori penduduk kampung mengatakan bahawa air bah ini berpunca drpd Parkistan menuju ke Myanmar seterusnya ke Thailand dan akhirnya sampaila ke Perlis.

Keadaan terkini banjir di kawasan rumah penulis sudah beransur pulih, alhamdulillah. kini tibalah masanya untuk membersihkan rumah yg penuh dgn lumpur. Mujurlah 3 jenis perobot shj yg rosak,,mungkin akn diganti baru nnt. Keadaan banjir ini mungkin akan berulang lagi dijangka 2015. Berikut adalah gambar2 terkini keadaan rumah penulis..




Air mulai naik setelah empangan Timah Tasoh dibuka 6 pintu serentak pada 2/11/10 pada pukul 5 pagi.. Keadaan rumah ini sedikit memberi tekanan kpd penulis,ttp bila diingatkan ianya ujian Allah yg maha mengasihi hambanya,memberikan motivasi kepada penulis untuk tidak memikirkan sgt kerugian yg dialami.