Blog ini merupakan cetusan idea dan pendapat peribadi penulis dan pengunjung dinasihatkan memberi komen-komen berguna untuk memeriahkan lagi laman ini.
Sedang bercuti di Terengganu

Friday, February 12, 2010

Menyoroti Kisah Suka Duka






Salam to All..

Penulis ingin membawa pembaca sekalian menyoroti sejarah pengalaman penulis di sebuah syarikat di Paka Terengganu. Sykt ini merupakan sykt bumiputra 100%. Mempunyai pekerja yg berkomitmen tinggi untuk memajukan syarikat. sekarang perkembangan syarikat ini amat memberangsangkan sekali dan patut dibanggakan oleh semua warga melayu amnya. Bercerita ttg pekerjanya, eloklah penulis menceritakan ttg sejarah kemasukan mereka ini ke dalam syarikat ini. Pekerja2 yg dimaksudkan adalah penulis sendiri,afizArt(seni),madir,sahail,faisal,warid (habib sudan),ABU dan duang waterjet.

Kami semua merupakan watak utama yg menggemudi sykt ini pd awl sblm kebangkitan sykt ini.Mereka semua adalah pekerja yg berdedikasi dan ikhlas bekerja demi memajukan sykt ini. Sekarang semua pekerja ini meninggalkan sykt ini demi mambawa haluan dan ketentuan rezeki masing-masing. Ada yg joint Petronas, Consultant,dan Goovernment. Kecuali yg masih bertahan hanyalah AfizArt dan ABU shj. Mereka istiqomah di jalannya demi menjadi seorang engineer yg berjaya. Sekarang ni mereka berdua merupakan engineer pelbagai kemahiran hasil didikan dan tunjuk ajar oleh Lembaga Pengarah Syarikat iaitu Pak Man, Fazli Hazami dan Rahimi.Kini, sykt ini mempunyai ramai pekerja dalam pelbagai bahagian administration,projek, konsultansi dan sebagainya.Sykt mendapat pelbagai kontrak dgn byk sykt spt Petronas,Talisman,Exxon dan sebagainya merangkumi On-Shore dan Off-Shore.

Biodata pekerja:
1. AfizArt= merupakan engineer berjiwa seni, teliti dlm melakukan kerja dan pakar dlm pelbagai bidang (multi tasking) (civil,mechanical, electrical, Company Profile,burn CD ceramah,FormatPC, dan memo-lubricant)
2. Warid= pekerja yg aggresif mencari profit syarikat dan berjiwa besar. digelarkan warid-sudan krn memakai kopiah panjang.
3. Duang Waterjet- task utama adalah menyembur apa2 kotoran dgn mesin wtrjet beliau.beliau amat minat dgn task ini sehinggakan digelar water jet. skrg beliau aktif dgn gerakan politik Hijau di Sbrg Takir.
4. Madir,Sahail dan Faisal= merupakan skuad elit membuat kalibrasi Gas Detektor di semua Plant Gas Patronas (kerja menghidu gas Mathane,Propane dan Butane setiap hari mengelilingi logi bagi mencari kedudukan GD)

Note: sykt yg dimaksudkan adalah PIONEER ENGINEERING SDN BHD, terletak di Paka terengganu dan pemain utama dalam industri oil & gas sekarang ini.Tahniah.

Tuesday, January 26, 2010


gambar anak sulung-Muhammad Niyaz Irfan

Keriangan sebegini sudah menjadi kenangan bagi kita yg sudah dewasa. Keriangan kanak-kanak adalah 100% dating nalurinya yg gembira pada waktu itu. Berbeza dgn kita, muka senyum tetapi terbelik dgn hutang kereta,rumah,insuran dan sebagainya..

Tuesday, January 19, 2010


Salam..sedikit perkongsian penulis dgn pembaca berkenaan rumah baru terletak di Perlis. Dengan kehidupan baru ini, penulis berharap dpt menyesuaikan diri dgn iklim negeri Perlis ni..
sekian..

Monday, January 18, 2010

Rancang sebelum mula..


Bagi guru baru,penyediaan buku rekod rancangan mengajar menjadi suatu rutin harian guru tersebut utk disiapkan dan dikemaskini setiap masa.Berlainan pula dgn guru yg mengajar berpuluh-puluh tahun,mungkin melihatkan buku rekod tersebut sudah boleh membuatkan guru-guru ini hampir termuntah agaknya.Biasanya guru-guru lama ni akn buat pada hari terakhir persekolahan (bukan semua guru)buku rekod mengajarnya..

Bagi guru yg tidak membuat rancangan pengajarannya, kemungkinan guru trsbt tidak menyedari tanggungjawabnya utk menyediakan dokumen tersebut sblm mengajar. Sebagai ingatan, penyediaan rancangan mengajar merupakan tugas hakiki guru dan kita jgnlah culas utk menulisnya.

Biasa guru berkata "ala biasa la,buat apa buat kalut2 buku rancangan ni, bkn ada apapun"..Itula biasa ungkapan guru-guru kita.Tapi cikgu,ingatlah..selagi tak kena,tak apa.Kalau kena dan diambil tindakan habisla kita. Melanggar lampu merah kalau tidak accident tak apa,,kalu nak GEROH accident,sesal tiada guna.

Moral: buatlah rancangan mengajar,bukan sejarah mengajar.

Saturday, January 16, 2010

Kamu Agama Kamu..


Salam 2 all.
Sedikit komentar penulis ttg isu mutakhir ini berkenaan penggunaan nama Allah. Penulis berpendapat isu ini perlu disegerakan demi kesucian agama islam.Sesungguhnya nama Allah merupakan kalimah suci yg tak pelu dipermainkan malahan dipolitikkan. Sultan sbg penaung agama perlu cpt bertindak membuat kenyataan agar isu ini diselesaikan secepat mungkin.
Walaupun terdapat pendapt menyatakan penggunaan nama Allah dibolehkan dan disokong lebih kuat oleh nas-nas, namun pandangan siyasah juga perlu di ambil kita dlm konteks negara kita.
Jika isu ini tidak selesai,,jgn terkejut nnt nama Allah akan diletak di sebelah salib nnt di semua gereja..

note: sesungguhnya Yahudi dan Nasrani tidak akn redho ats kamu sehingga kamu mengikut jejak langkahnya..

Monday, January 11, 2010

Terengganu Masih Unggul Juara

Salam semua..
Kekadang mendengar berita terkini mengenai perkhabaran dari Terengganu menyebabkan penulis merasa malu..Apa tidaknya berita terkini sebentar melaporkan bahawa KPDN telah membuat serbuan ke ats premis makanan di Terengganu yg menaikkan harga minumannya..
Isu makanan mahal sudah tidak asing lg di bumi Trg ni, tidak lupa dulu Nasi Dagang beharga RM 60 beserta kepala Ikan Aya, isu terkini peniaga menaikkan sesuka hati harga minuman sebanyak 10sen setiap gelas..Ini lah yg dikatakan mengambil kesempatan ke ats sesuatu perkara.
Cuba kita fikirkan, harga gula setiap kilogram hanya naik 20sen, logikkah peniaga naikkan harga air setiap gelas 10 sen? Mungkin kita perlu menyuruh tuan kedai letak setengah kilo gula dlm air kita untuk menyamai kenaikan 10sennya itu.Kalu mereka naikan 20 sen kita pelu suruh dia letak gula 1 kg dlm air kita.ada setuju?
Sebenarnya peniaga perlulah ada sedikit sifat belas kasihan, perlu lah fikir ttg keberkatan jgnlah terlalu fobia dgn kenaikan harga gula yg tak seberapa tu, dan kepada KPDN tingkatkan pemantauan agar peniaga-peniga tak bertanggungjawab ini di beri pengajaran agar tidak mengulanginya lagi. Kpd KPDN jgn hanya buat kerja hangat-hangat tahi ayam shj, pantau lah secara berterusan.

Saturday, January 9, 2010

Rewind



Salam..

Mungkin penulis perlu turunkan di sini gambar kenangan bersama kawan-kawan lama dulu untuk dikongsi bersama..ini merupakan sesi perbincangan dgn bekas Manager di syarikat dulu.Skrg ni kemungkinan manager ni telah berjaya dlm bidangnya di samping perniagaan Bio Oil & memolub..

wassalam..