Blog ini merupakan cetusan idea dan pendapat peribadi penulis dan pengunjung dinasihatkan memberi komen-komen berguna untuk memeriahkan lagi laman ini.
Sedang bercuti di Terengganu

Sunday, January 3, 2010

Macam macam...


Hari pertama persekolahan di sekolah baru, kepalaku setiap minit asyik membandingkan antara sekolah lama dgn sekolah sekarang. Umpama pengarah syarikat menyenaraikan untung rugi perniagaannya.

Beberapa perkara yg mungkin penulis perlu sekolah lakukan penambahbaikan adalah seperti berikut;
  1. mewajibkan murid memakai tanda nama dgn menjualnya di koperasi sekolah
  2. membudayakan cara menghormati guru (tangan kanan di dada dgn badan membongkok sedikit menunjukkan hormat)
  3. perlunya guru-guru di sediakan bilik yg selesa dan berpusat. supaya ukhruwah guru bertambah erat
Permasalahan no 3 di atas terjadi di sekolah penulis. Di mana guru duduk berselerak, mereka tidak duduk setempat di bilik guru. secara tidak langsung proses pertukaran pendapat dan komunikasi ant guru adalah terhad. keadaan ini boleh menjejaskan visi dan misi sekolah.

Akhir kata, sikap membudayakan ilmu di kalangan guru perlu dititikberatkan. Jangan sampai masyarakat memandang rendah keupayaan guru akibat kesilapan dan kealpaan kita sendiri

"SELAMAT MAJU JAYA"

1 comment:

  1. Banyak sekolah hanya menyediakan bilik guru umpama tahap "kandang kambing" sahaja.

    ReplyDelete