Alhamdulillah setelah melalui musim bah 2 minggu lalu, sekarang bandar Kangar sudah kembali pulih. Semua kawasan telah kembali kelihatan seperti biasa. Namun rata-rata rumah masih tidak menyusun lagi perabut di rumah masing-masing krn dibimbangi dengan kedatangan gelombang kedua. Pendapat penulis, pedulikan saja gelombang kedua tu, kehidupan mesti di selaraskan seperti normal agar kehidupan kita selesa. Namun, insan paling gembira pabila pulang ke rumahnya sendiri tentylah anak lelaki kesayangan ni..




Keriangan krn rutin aktivitinya berjalan lancar iaitu pagi dan petang akan pergi "round2" motor di tepi bendang menghirup udara nyaman.
Ahli politik pula, dengan tanggungjawab telah melaksanakan tanggungjawabnya bagi membantu penduduk di taman penulis. Petang td YB Dato' Sri Dr Shahidan bin Kassim melalui yayasannya Pok Dan Kassim telah menyampaikan bantuannya kepada mangsa banjir di taman penulis. Diharapkan lebih ramai lagi ahli politik seperti ini membantu mangsa banjir. Moga segala usaha Dato Sri YB di berkati Allah s.w.t
JKK dan pemimpin setempat kusyuk mendengar amanat
bagus pak dan kassim
ReplyDelete