Sesungguhnya Allah maha hebat pencaturannya..Sehebat manapun ikhtiar kita, jika ditakdirkan berlaku,maka berlakulah juga "Kun fayakun". Begitu la keadaannya keadaan rumah penulis.
Hampir seluruh bandar Kangar digenangi air bah bermula 2/11 hingga kini 6/11/2010. Kebanyakan bandar Kangar byk taman perumahan baru yg dibina,,mungkin sistem perparitan yg tidak sempurna memburukkan lagi keadaan.
Tetapi, sepanjang tempoh tersebut, hujan tidaklah terlalu kuat berbanding taburan hujan yg turun di negeri-negeri pantai timur. Mungkin juga benarnya teori penduduk kampung mengatakan bahawa air bah ini berpunca drpd Parkistan menuju ke Myanmar seterusnya ke Thailand dan akhirnya sampaila ke Perlis.
Keadaan terkini banjir di kawasan rumah penulis sudah beransur pulih, alhamdulillah. kini tibalah masanya untuk membersihkan rumah yg penuh dgn lumpur. Mujurlah 3 jenis perobot shj yg rosak,,mungkin akn diganti baru nnt. Keadaan banjir ini mungkin akan berulang lagi dijangka 2015. Berikut adalah gambar2 terkini keadaan rumah penulis..

.jpg)



Air mulai naik setelah empangan Timah Tasoh dibuka 6 pintu serentak pada 2/11/10 pada pukul 5 pagi.. Keadaan rumah ini sedikit memberi tekanan kpd penulis,ttp bila diingatkan ianya ujian Allah yg maha mengasihi hambanya,memberikan motivasi kepada penulis untuk tidak memikirkan sgt kerugian yg dialami.
No comments:
Post a Comment