Blog ini merupakan cetusan idea dan pendapat peribadi penulis dan pengunjung dinasihatkan memberi komen-komen berguna untuk memeriahkan lagi laman ini.
Sedang bercuti di Terengganu

Wednesday, December 1, 2010

Jenis Lauk-pauk bBginda s.a.w


Salam 2 all..

Hari ini, penulis berkesempatan untuk menghadiri kuliah magrib di sebuah surau yang tidak jauh dari rumah penulis. Kuliah ini menggunakan kitab iaitu "Syamail Muhammad S.A.W" daripada Imam al-Tirmizi r.a..

Sedikit perkongsian yg dapat diberi di sini adalah berkaitan pemakanan rasulullah s.a.w

antaranya:
  1. Aisyah r.a meriwayatkan: Maksudnya; "Rasulullah s.a.w bersabda, 'lauk pauk (campuran roti) yang paling baik adalah cuka"
  2. Abu Asid r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Maksudnya, "Makanlah minyak zaitun dan manfaatkanlah sebagai minyak. Sungguh, mintak zaitun berasal dari tumbuhan yang diberkati"
Selain itu, nabi kita juga amat gemar memakan labu kerana labu ini merupakan makanan yanng dapat mengubat hati yg dalam kesedihan. Selain itu khasiatnya juga labu ini merupakan makanan yang baik utk perut kita.

Kesimpulan:

Adalah baiknya kita semua mengamalkan jenis pemakanan yg diamalkan oleh junjungan kita ini, kerana sudah tentu mengandungi byk manfaatnya selain mengikut sunnah baginda. Penulis juga sekarang masih mengamalkan meminum sejenis cuka drpd buah tamar dan dikatakan dapat menghindarkan penyakit berbahaya seperti jangtung,drh tinggi dan kencing manis. Insyaalah dengan niat kita untuk mengikut sunnah rasulullah,nescaya terdapat beberapa hikmah yg tidak kita ketahui..

1 comment: