Salam to all..
Penulis baru selesai melakukan aqiqah untuk anak penulis bernama Muhammad Niyaz Irfan. Suasana di kampung Sanglang amat harmoni dengan penduduk melakukan ibadah korban ini tanpa sebarang konflik. Petugas disediakn untuk melapah, peserta korban hanya menunggu untuk mengambil daging shj. Agihan daging korban bahagian penulis siap dlm pukul 12 pagi tadi. boleh dikatakan cepat prosesnya.
Pengalaman penulis, pernah terjadi di mana accesories korban spt kepala,ekor,kaki hilang entah ke mana semasa melapah lembu. ini disebabkan pihak penganjur kurang peka dgn agihan daging kurban. Ada kes yg paling dasyat, otak lembupun hilang hanya tinggal hanyalah tengkorak lembu shj.Pengalaman ini berlaku di kampung penulis di Terengganu. Kadang msyarakat menggap perkara sebegini remeh,tetapi diharapkan dilain waktu tidak berulang lagi perkara ini.
Wednesday, November 17, 2010
Saturday, November 6, 2010
Perlis tenggelam (update)
Salam,,
Sedikit update ttg banjir di taman perumahan penulis.Nampaknya aliran keluar air dr taman penulis agak perlahan. Ptg td dh ramai pemilik rumah membersihkan rumah masing-masing. Kesan-kesan banjir mula ketara kpd perabot-perabot dlm rumah penulis
almari baju tunggu masa nk tumbang Berselerakkan brg dapur

Friday, November 5, 2010
Ujian Allah..
Salam,,
Sesungguhnya Allah maha hebat pencaturannya..Sehebat manapun ikhtiar kita, jika ditakdirkan berlaku,maka berlakulah juga "Kun fayakun". Begitu la keadaannya keadaan rumah penulis.
Hampir seluruh bandar Kangar digenangi air bah bermula 2/11 hingga kini 6/11/2010. Kebanyakan bandar Kangar byk taman perumahan baru yg dibina,,mungkin sistem perparitan yg tidak sempurna memburukkan lagi keadaan.
Tetapi, sepanjang tempoh tersebut, hujan tidaklah terlalu kuat berbanding taburan hujan yg turun di negeri-negeri pantai timur. Mungkin juga benarnya teori penduduk kampung mengatakan bahawa air bah ini berpunca drpd Parkistan menuju ke Myanmar seterusnya ke Thailand dan akhirnya sampaila ke Perlis.
Keadaan terkini banjir di kawasan rumah penulis sudah beransur pulih, alhamdulillah. kini tibalah masanya untuk membersihkan rumah yg penuh dgn lumpur. Mujurlah 3 jenis perobot shj yg rosak,,mungkin akn diganti baru nnt. Keadaan banjir ini mungkin akan berulang lagi dijangka 2015. Berikut adalah gambar2 terkini keadaan rumah penulis..

Air mulai naik setelah empangan Timah Tasoh dibuka 6 pintu serentak pada 2/11/10 pada pukul 5 pagi.. Keadaan rumah ini sedikit memberi tekanan kpd penulis,ttp bila diingatkan ianya ujian Allah yg maha mengasihi hambanya,memberikan motivasi kepada penulis untuk tidak memikirkan sgt kerugian yg dialami.
Saturday, October 30, 2010
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia merupakan suatu system yang akan menentukan taraf sesebuah sekolah itu. Baru-baru ini penulis telah menghadiri taklimat ttg sistem tersebut. guru-guru boleh merujuk dokumen tersebut di tepi blog ini..
Monday, October 11, 2010
Hari anugerah ko kurikulum

Salam.boleh anda tentukan siapakan kapten itu? Sebenarnya penulis mengiringi pengarah pelajaran Kedah dalam beliau membilang hari untuk berpencen. Kesudian beliau datang merasmikan hari Kokurikulum SKAH atas dasar beliau sebagai pengarah pelajaran kedah secara umum, dan atas dasar beliau merupakan bekas murid sekolah ini juga.
Alhamdulillah, persiapan sambutan mendapat perhatian dari beliau dan beliau senang hati dgn atucara sambutan. Sambutan dimulakan dgn acara kompang seterusnya pemeriksaan perbarisan, dan seterusnya acara di atas pentas.
Antara acara kemuncak adalah merasmikan Anjung Memoir gemilang bagi mengabadikan bekas murid SKAH yg berjaya di Anjung tersebut..
Saturday, July 31, 2010
Persediaan Ramadhan

Salam,,
Sempena kita ingin menyambut kedatangan Ramadhan ini, eloklah kita merenung sedikit pesanan ustaz yg memberi sedikit tazkirah kepada saya tempoh hari. Teringat pesanan ustaz yg mengajar di masjid tempoh hari, bahawa kita semua sekiranya ingin menyambut hari-hari yg besar, cthnya sambutan hari anugerah sekolah, atau PM mahu melawat ke kampung kita, apakah persiapan kita?
Tentulah semua AJK yg terlibat amat sibuk agar majlis itu disempurnakan dgn sempurna. Bagitulah samanya kita akan menyambut Ramadhan. Sedarkah kita, Ramadhan ini memberi kan pahala yg berlipat kali ganda dan akan dibebaskan dr API NERAKA? tidakkah itu suatu hadiah yg amat besar serta lumayan.
Oleh itu,,marilah kita mempersiapkan diri kita agar beransur-ansur meninggalkan perkara-perkar mungkar sebeleum dtgnya bulan yg mulia itu.
Sedangkan perkara yg halal (mkn dan minum) kita dpt tinggalkan pada bulan ramadhan,,inikan pula perkara-perkara tercela (mengumpat,berbohong,melakukan maksiat dan sebagainya),,adakah kita tidak boleh menghindarkannya??tanya iman anda.
Labels:
TAZKIRAH
Saturday, June 5, 2010
Kursus ISN
Salam to all..
Pengalaman 3 hari mengikuti kursus anjuran ISN amat memenatkan..
Kurusus ini amat memberi makna dan memberi pengalaman berguna kpd guru-guru. Banyak tips2 penting yang telah diberikan oleh pihak ISN..
Tips pentiing dalam bersukan akan menyusul..
kemaskini..
Tatacara sebelum, semasa latihan sukan.
Guru-guru perlulah selalu mengapplikasikan perkara-perkara di bawah ini;
Selain itu , negara memrlukan ramai atlet yang berbakat untuk menjadi pelapes kepada skuad senior. Oleh itu bagi mengesan bakat-bakat muda ni, perlu dilakukan suatu ujian khas iaitu
battery test
murid perlu melalui setiap station yg di sediakan guru. sebanyak 6 station yg perlu dilalui oleh murid ini iaitu;

- be careful
- listen & look
- be nice
- hand-off
Selain itu , negara memrlukan ramai atlet yang berbakat untuk menjadi pelapes kepada skuad senior. Oleh itu bagi mengesan bakat-bakat muda ni, perlu dilakukan suatu ujian khas iaitu
battery test
murid perlu melalui setiap station yg di sediakan guru. sebanyak 6 station yg perlu dilalui oleh murid ini iaitu;
- station yg mengapplikasikan kemahiran ketinting (murid perlu berketinting selama 10 mtr)
- murid perlu melompat pagar dan melalui bwh pgr
- rolling
- Sprint sejauh 20 mtr
- Imbangan
- dodging
Labels:
kursus
Subscribe to:
Posts (Atom)