buat snapshot umah saya yg dlm pembinaan ni. Lokasi: Taman Hijrah Fasa 4 B
Monday, January 23, 2012
Rumah baru
buat snapshot umah saya yg dlm pembinaan ni. Lokasi: Taman Hijrah Fasa 4 B
Wednesday, November 2, 2011
Khasiat KHAL TAMAR

<!--[if gte mso 9]>
KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.
KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 – 909.
Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.
Saturday, October 1, 2011
Roti Lilit


Langkah keselamatan dan kebersihan
Resepi Keli Warisan Ayahanda
Di sini penulis ingin berkongsi resepi gulai keli untuk anda semua,pastinya kesedapannya tak dapat banding la.. Resepi ini telah mendapat pengiktirafan oleh penduduk kampung berdekatan krn kesedapan campuran rempah-rempahnya..
Bahan-bahan (resepi utk 1 kg ikan keli)
- 5 ulasbawang merah
- 4 ulas bawang putih
- halia sepanjang 3 cm
- lengkuas sepanjang 3 cm
- kunyit hidup 2 cm ( sedikit shj)
- cili boh 4 sudu besar
- asam keping - 3
- cili padi - 10
- belacan sebesar kelingking
- kerisik - 1 sudu besar
- santan - 1/2 kelapa
- nisan - 1/2 drpd saiz kecil
- gula - 1 sudu besar
- garam kasar secukup rasa
- ajinomoto penambah rasa
- daun kesom (diletak apabila hampir masak)
- Buah pala
- buah pelaga
- bunga pekkap
- kulit kayu manis
- lada hitam
- cengkih
- bunga lawang
- jintan manis
- ketumbor
Cara memasaknya..
- Basuh ikan bersih dan rendamkan dgn air asam jawa.
- ikan keli diletak bersama rempah-rempah td dan diletak air sedikit dlm 3 suku penuh ikn dlm periuk
- Panaskan , bila btul2 dah sebati rempah dgn ikan,tambahkan air serta santan..
Thursday, June 9, 2011
Darjat vs Pahala

Salam,,
Sempena malam Jumaat yg baik ini, penulis terpanggil untuk berkongsi sedikit tazkirah kiranya dapat juga ana beramal dan menyebarkan risalah Islam yg kita sanjungi ini.
Bolehlah dapat kita luangkan masa sedikit utk membaca apa yg ana ingin sampaikan, harap2 kita lebih faham dan dpt beramal dgn ilmu yg sempurna.
Selalu kita dgr bahawa sembahyang berjemaah seseorang akn mendapat 27 pahala, manakala bersembayang seoarang diri akn mendapat 1 pahala. Kalau dihitung perbezaan pahalanya adalah 26 orang yg berjemaah mendapat kelebihan pahala. adakah kita mendapat semata-mata pahala?atau keredaan?atau darjat? Perkara ini yg ana akan cuba kupaskan selepas ini.
Kalau kita kirakan pahala, sekiranya org yg tidak pernah mengerjakan solah berjemaah,mungkin org tersebut boleh hanya 'cover' pahalanya dgn sembahyang di Masjidilharam yg mempunyai pahala berlipat kali ganda dan mungkin dpt mengatasi pahala org yg selalu sembahyang berjemaah ttp tidak berpeluang menunaikan haji.
Sebenarnya org yg berjemaah di masjid itu akn diberikan 27 darjat/darjah/pangkat/kemuliaan berbanding hanya 1 pangkat sekiranya bersembahyang berseorangan. Darjah ni boleh kita umpamakan sistem persekolahan, darjah 1,2,3,4,5,6. Murid darjah 6 mestilah lebih besar dan hebat berbanding darjah 1, begitulah analoginya dibandingkan kelebihan bersembahyang berjemaah vs bersembahyang berseorangan. Untuk merebut 27 kemuliaan tersebut seseorang hendaklah merebut darjah-darjah berikut;
Darjah 1:
Org yg sembahyang berjemaah akn dapat menyahut seruan azan. Dan selepas azan mereka membaca doa selepas azan,org tersebut insyaallah akn mendpt syafaat Nabi kita S.A.W.
Darjah 2:
Diberi pahala hasil dr perjalanannya ke masjid
Darjah 3:
Mereka akn duduk ditempat yg mana doanya tidak ditolak iaitu antara azan dan iqomah (tidak terdapat sekiranya seseorang sembahyang seorang diri)
Darjah 4:
Mendapat pahala krn menunggu azan & iqomah
Darjah 5:
Org yg masuk masjid membaca doa (paling kurang langkah kaki kanan msuk masjid bc bismillah dn selawat) -org ini Allah akn pagarkan dirinya dr dihasut oleh syaitan pd hari itu.
Darjah 6:
Pahala beriktikaf - Masuk masjid hendaklah berniat iktikaf. walaupun kita tidak buat apa dlm masjid tersebut,pahala tetap diberi dan sekiranya kita membuat amal,lagilah baiknya.
Darjah 7:
Seseorang keluar dr masjid-malaikat akn ikut sama bersamanya dan berdoa kesejahteraan kepadanya sehinggalah orang itu sampai ke rumah selama mana ianya tidak melakukan maksiat.
Darjah 8:
Mendapat pahala menyahut seruan imam, dalam bacaan iktidal iaitu makmum manyahut seruan iman dengan menyebut 'robbanalakalham'
Darjat 9:
Dapat sahut 'Aaamin ' bersama malaikat dan insyalaah dimakbulkan doa hambanya itu.
Darjah 10:
Allah akn menghilangkanya dr sifat2 munafik.
Cukup sekadar 10 darjah dpt dikongsikan bersama, tinggal 17 darjat lagi akan di sampaikan apabila tiba masanya nanti.
Apa yg penting, kita perlulah menanam hasrat utk merebut peluang-peluang yg diberi oleh Allah ini dengan seberapa daya upaya kita,krn drjat yg diberi amat banyak dan kita sebagai manusia yg lemah perlulah unsaf bhwa kita amat memerlukan bantuan dan syafaat dr Allah dan Junjungan kita di akhirat nnt.
Ayuhlah kita sama2 mengerjakan solat berjemaah krn itulah terletak kekuatan Islam sebenarnya. Insyaallah Allah akn sayag akn kita sekiranya kita selalu berkunjung ke rumahNya. Moga perkongsian ini memberi muhasabah kepada saya khususnya dan kepada rakan - rakan Islam saya amnya.
wallahua'lam
Friday, February 18, 2011
Sambutan Maulidur Rasul
Sudah lama ana tidak menulis diruangan siber ni. Tetapi setelah menghadiri majlis Maulidur Rasul tempoh hari, terdetik pula untuk berkongsi sedikit input bagi kebaikan semua umat. Majlis memperingati nabi kita dimulakan dgn majlis marhaban,bacaan qashidah dan mendiskusi subuah kitab "kelebihan selawat" karangan Abu al Fadhl Abdullah ibn Muhammad al Siddiq al Ghumari al Hasani. Dalam majlis tersebut, antara ahli panel yg dijemput adalah Ustaz Khairul Ikhwan merupakan mudir di Pondok Gajah Teryak-Jitra. Apabila melihat wajah beliau, layaklah beliau memimpin madrasah tersebut berdasarkan kesolehannya..

( org ramai berpusu-pusu bersalam dgn beliau)
Antara tips penting yg dinukilkan beliau adalah:
- Sesiapa yg memuliakan rasullullah, Allah akn muliakan org itu
- Cinta pada Allah,PASTI akan berbalas, apabila Allah cintakan kita-Allah akan tarik kita masuk ke hadratnya.
- Banyakkan selawat: Allah akn mudahkan hajat kita
- Berselawat hendaklah berniat:
- Taqarrub-untuk mendekatkan diri kpd Nya
- Niat untuk hubungan mencintai Nabi
- Untuk 'membasuh' dari sifat mazmumah
Para wali(mushid) merupakan wangian Allah,jika kita bersih hati Insyaallah kita akan terjumpa para wali. Oleh itu banyakkanlah zikir kpd Allah. Cara untuk menjumpai guru murshid adalah dgn banyakkan selawat dan Allah akan pimpin kita menuju berjumpanya kita kepada guru yg murshd itu. Setiap perkara bermula dr sedikit, oleh itu belajarlah selawat sedikit demi sedikit sebelum kita dpt berselawat berpuluh ribu kali selawat. Hakikatnya kita berselawat bukanlah bertujuan ingin menjadi wali, tp semata-mata mencapai keredhaan Allah.
Wednesday, December 1, 2010
Jenis Lauk-pauk bBginda s.a.w

Salam 2 all..
Hari ini, penulis berkesempatan untuk menghadiri kuliah magrib di sebuah surau yang tidak jauh dari rumah penulis. Kuliah ini menggunakan kitab iaitu "Syamail Muhammad S.A.W" daripada Imam al-Tirmizi r.a..
Sedikit perkongsian yg dapat diberi di sini adalah berkaitan pemakanan rasulullah s.a.w
antaranya:
- Aisyah r.a meriwayatkan: Maksudnya; "Rasulullah s.a.w bersabda, 'lauk pauk (campuran roti) yang paling baik adalah cuka"
- Abu Asid r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Maksudnya, "Makanlah minyak zaitun dan manfaatkanlah sebagai minyak. Sungguh, mintak zaitun berasal dari tumbuhan yang diberkati"
Kesimpulan:
Adalah baiknya kita semua mengamalkan jenis pemakanan yg diamalkan oleh junjungan kita ini, kerana sudah tentu mengandungi byk manfaatnya selain mengikut sunnah baginda. Penulis juga sekarang masih mengamalkan meminum sejenis cuka drpd buah tamar dan dikatakan dapat menghindarkan penyakit berbahaya seperti jangtung,drh tinggi dan kencing manis. Insyaalah dengan niat kita untuk mengikut sunnah rasulullah,nescaya terdapat beberapa hikmah yg tidak kita ketahui..