
Salam,,
Sempena malam Jumaat yg baik ini, penulis terpanggil untuk berkongsi sedikit tazkirah kiranya dapat juga ana beramal dan menyebarkan risalah Islam yg kita sanjungi ini.
Bolehlah dapat kita luangkan masa sedikit utk membaca apa yg ana ingin sampaikan, harap2 kita lebih faham dan dpt beramal dgn ilmu yg sempurna.
Selalu kita dgr bahawa sembahyang berjemaah seseorang akn mendapat 27 pahala, manakala bersembayang seoarang diri akn mendapat 1 pahala. Kalau dihitung perbezaan pahalanya adalah 26 orang yg berjemaah mendapat kelebihan pahala. adakah kita mendapat semata-mata pahala?atau keredaan?atau darjat? Perkara ini yg ana akan cuba kupaskan selepas ini.
Kalau kita kirakan pahala, sekiranya org yg tidak pernah mengerjakan solah berjemaah,mungkin org tersebut boleh hanya 'cover' pahalanya dgn sembahyang di Masjidilharam yg mempunyai pahala berlipat kali ganda dan mungkin dpt mengatasi pahala org yg selalu sembahyang berjemaah ttp tidak berpeluang menunaikan haji.
Sebenarnya org yg berjemaah di masjid itu akn diberikan 27 darjat/darjah/pangkat/kemuliaan berbanding hanya 1 pangkat sekiranya bersembahyang berseorangan. Darjah ni boleh kita umpamakan sistem persekolahan, darjah 1,2,3,4,5,6. Murid darjah 6 mestilah lebih besar dan hebat berbanding darjah 1, begitulah analoginya dibandingkan kelebihan bersembahyang berjemaah vs bersembahyang berseorangan. Untuk merebut 27 kemuliaan tersebut seseorang hendaklah merebut darjah-darjah berikut;
Darjah 1:
Org yg sembahyang berjemaah akn dapat menyahut seruan azan. Dan selepas azan mereka membaca doa selepas azan,org tersebut insyaallah akn mendpt syafaat Nabi kita S.A.W.
Darjah 2:
Diberi pahala hasil dr perjalanannya ke masjid
Darjah 3:
Mereka akn duduk ditempat yg mana doanya tidak ditolak iaitu antara azan dan iqomah (tidak terdapat sekiranya seseorang sembahyang seorang diri)
Darjah 4:
Mendapat pahala krn menunggu azan & iqomah
Darjah 5:
Org yg masuk masjid membaca doa (paling kurang langkah kaki kanan msuk masjid bc bismillah dn selawat) -org ini Allah akn pagarkan dirinya dr dihasut oleh syaitan pd hari itu.
Darjah 6:
Pahala beriktikaf - Masuk masjid hendaklah berniat iktikaf. walaupun kita tidak buat apa dlm masjid tersebut,pahala tetap diberi dan sekiranya kita membuat amal,lagilah baiknya.
Darjah 7:
Seseorang keluar dr masjid-malaikat akn ikut sama bersamanya dan berdoa kesejahteraan kepadanya sehinggalah orang itu sampai ke rumah selama mana ianya tidak melakukan maksiat.
Darjah 8:
Mendapat pahala menyahut seruan imam, dalam bacaan iktidal iaitu makmum manyahut seruan iman dengan menyebut 'robbanalakalham'
Darjat 9:
Dapat sahut 'Aaamin ' bersama malaikat dan insyalaah dimakbulkan doa hambanya itu.
Darjah 10:
Allah akn menghilangkanya dr sifat2 munafik.
Cukup sekadar 10 darjah dpt dikongsikan bersama, tinggal 17 darjat lagi akan di sampaikan apabila tiba masanya nanti.
Apa yg penting, kita perlulah menanam hasrat utk merebut peluang-peluang yg diberi oleh Allah ini dengan seberapa daya upaya kita,krn drjat yg diberi amat banyak dan kita sebagai manusia yg lemah perlulah unsaf bhwa kita amat memerlukan bantuan dan syafaat dr Allah dan Junjungan kita di akhirat nnt.
Ayuhlah kita sama2 mengerjakan solat berjemaah krn itulah terletak kekuatan Islam sebenarnya. Insyaallah Allah akn sayag akn kita sekiranya kita selalu berkunjung ke rumahNya. Moga perkongsian ini memberi muhasabah kepada saya khususnya dan kepada rakan - rakan Islam saya amnya.
wallahua'lam










.jpg)


.jpg)
