Blog ini merupakan cetusan idea dan pendapat peribadi penulis dan pengunjung dinasihatkan memberi komen-komen berguna untuk memeriahkan lagi laman ini.
Sedang bercuti di Terengganu

Wednesday, December 1, 2010

Jenis Lauk-pauk bBginda s.a.w


Salam 2 all..

Hari ini, penulis berkesempatan untuk menghadiri kuliah magrib di sebuah surau yang tidak jauh dari rumah penulis. Kuliah ini menggunakan kitab iaitu "Syamail Muhammad S.A.W" daripada Imam al-Tirmizi r.a..

Sedikit perkongsian yg dapat diberi di sini adalah berkaitan pemakanan rasulullah s.a.w

antaranya:
  1. Aisyah r.a meriwayatkan: Maksudnya; "Rasulullah s.a.w bersabda, 'lauk pauk (campuran roti) yang paling baik adalah cuka"
  2. Abu Asid r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Maksudnya, "Makanlah minyak zaitun dan manfaatkanlah sebagai minyak. Sungguh, mintak zaitun berasal dari tumbuhan yang diberkati"
Selain itu, nabi kita juga amat gemar memakan labu kerana labu ini merupakan makanan yanng dapat mengubat hati yg dalam kesedihan. Selain itu khasiatnya juga labu ini merupakan makanan yang baik utk perut kita.

Kesimpulan:

Adalah baiknya kita semua mengamalkan jenis pemakanan yg diamalkan oleh junjungan kita ini, kerana sudah tentu mengandungi byk manfaatnya selain mengikut sunnah baginda. Penulis juga sekarang masih mengamalkan meminum sejenis cuka drpd buah tamar dan dikatakan dapat menghindarkan penyakit berbahaya seperti jangtung,drh tinggi dan kencing manis. Insyaalah dengan niat kita untuk mengikut sunnah rasulullah,nescaya terdapat beberapa hikmah yg tidak kita ketahui..

Friday, November 26, 2010

Banjir, anak & sumbangan

Salam 2 all,

Alhamdulillah setelah melalui musim bah 2 minggu lalu, sekarang bandar Kangar sudah kembali pulih. Semua kawasan telah kembali kelihatan seperti biasa. Namun rata-rata rumah masih tidak menyusun lagi perabut di rumah masing-masing krn dibimbangi dengan kedatangan gelombang kedua. Pendapat penulis, pedulikan saja gelombang kedua tu, kehidupan mesti di selaraskan seperti normal agar kehidupan kita selesa. Namun, insan paling gembira pabila pulang ke rumahnya sendiri tentylah anak lelaki kesayangan ni..



Keriangan krn rutin aktivitinya berjalan lancar iaitu pagi dan petang akan pergi "round2" motor di tepi bendang menghirup udara nyaman.

Ahli politik pula, dengan tanggungjawab telah melaksanakan tanggungjawabnya bagi membantu penduduk di taman penulis. Petang td YB Dato' Sri Dr Shahidan bin Kassim melalui yayasannya Pok Dan Kassim telah menyampaikan bantuannya kepada mangsa banjir di taman penulis. Diharapkan lebih ramai lagi ahli politik seperti ini membantu mangsa banjir. Moga segala usaha Dato Sri YB di berkati Allah s.w.t

JKK dan pemimpin setempat kusyuk mendengar amanat


Wednesday, November 17, 2010

Selamat hari raya Aidiladha

Salam to all..

Penulis baru selesai melakukan aqiqah untuk anak penulis bernama Muhammad Niyaz Irfan. Suasana di kampung Sanglang amat harmoni dengan penduduk melakukan ibadah korban ini tanpa sebarang konflik. Petugas disediakn untuk melapah, peserta korban hanya menunggu untuk mengambil daging shj. Agihan daging korban bahagian penulis siap dlm pukul 12 pagi tadi. boleh dikatakan cepat prosesnya.

Pengalaman penulis, pernah terjadi di mana accesories korban spt kepala,ekor,kaki hilang entah ke mana semasa melapah lembu. ini disebabkan pihak penganjur kurang peka dgn agihan daging kurban. Ada kes yg paling dasyat, otak lembupun hilang hanya tinggal hanyalah tengkorak lembu shj.Pengalaman ini berlaku di kampung penulis di Terengganu. Kadang msyarakat menggap perkara sebegini remeh,tetapi diharapkan dilain waktu tidak berulang lagi perkara ini.



Lembu korban untuk kumpulan penulis

Saturday, November 6, 2010

Perlis tenggelam (update)

Salam,,

Sedikit update ttg banjir di taman perumahan penulis.Nampaknya aliran keluar air dr taman penulis agak perlahan. Ptg td dh ramai pemilik rumah membersihkan rumah masing-masing. Kesan-kesan banjir mula ketara kpd perabot-perabot dlm rumah penulis

almari baju tunggu masa nk tumbang
Berselerakkan brg dapur




Friday, November 5, 2010

Ujian Allah..

Salam,,

Sesungguhnya Allah maha hebat pencaturannya..Sehebat manapun ikhtiar kita, jika ditakdirkan berlaku,maka berlakulah juga "Kun fayakun". Begitu la keadaannya keadaan rumah penulis.
Hampir seluruh bandar Kangar digenangi air bah bermula 2/11 hingga kini 6/11/2010. Kebanyakan bandar Kangar byk taman perumahan baru yg dibina,,mungkin sistem perparitan yg tidak sempurna memburukkan lagi keadaan.

Tetapi, sepanjang tempoh tersebut, hujan tidaklah terlalu kuat berbanding taburan hujan yg turun di negeri-negeri pantai timur. Mungkin juga benarnya teori penduduk kampung mengatakan bahawa air bah ini berpunca drpd Parkistan menuju ke Myanmar seterusnya ke Thailand dan akhirnya sampaila ke Perlis.

Keadaan terkini banjir di kawasan rumah penulis sudah beransur pulih, alhamdulillah. kini tibalah masanya untuk membersihkan rumah yg penuh dgn lumpur. Mujurlah 3 jenis perobot shj yg rosak,,mungkin akn diganti baru nnt. Keadaan banjir ini mungkin akan berulang lagi dijangka 2015. Berikut adalah gambar2 terkini keadaan rumah penulis..




Air mulai naik setelah empangan Timah Tasoh dibuka 6 pintu serentak pada 2/11/10 pada pukul 5 pagi.. Keadaan rumah ini sedikit memberi tekanan kpd penulis,ttp bila diingatkan ianya ujian Allah yg maha mengasihi hambanya,memberikan motivasi kepada penulis untuk tidak memikirkan sgt kerugian yg dialami.

Saturday, October 30, 2010

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia merupakan suatu system yang akan menentukan taraf sesebuah sekolah itu. Baru-baru ini penulis telah menghadiri taklimat ttg sistem tersebut. guru-guru boleh merujuk dokumen tersebut di tepi blog ini..

Monday, October 11, 2010

Hari anugerah ko kurikulum




Salam.boleh anda tentukan siapakan kapten itu? Sebenarnya penulis mengiringi pengarah pelajaran Kedah dalam beliau membilang hari untuk berpencen. Kesudian beliau datang merasmikan hari Kokurikulum SKAH atas dasar beliau sebagai pengarah pelajaran kedah secara umum, dan atas dasar beliau merupakan bekas murid sekolah ini juga.

Alhamdulillah, persiapan sambutan mendapat perhatian dari beliau dan beliau senang hati dgn atucara sambutan. Sambutan dimulakan dgn acara kompang seterusnya pemeriksaan perbarisan, dan seterusnya acara di atas pentas.

Antara acara kemuncak adalah merasmikan Anjung Memoir gemilang bagi mengabadikan bekas murid SKAH yg berjaya di Anjung tersebut..